skip to Main Content

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga tercurah ke atas Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya. Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang kekal abadi, sedia ada, tiada permulaan. Anugerah-Mu yang Maha Agung dan kemurahan-Mu sangat kami harapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada-Mu agar kami terpelihara daripada tipu daya syaitan yang dilaknati. Kami mohon kepada-Mu, agar dapat mengendalikan hawa nafsu yang mengajak kepada keburukan. Kami mohon kepada-Mu agar dapat bersedia melakukan amal-amal kebajikan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah! Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat. Semoga dicucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian serta segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam.

ATTARBIAH Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat BUMIPUTERA yang menjadikan bidang penerbitan sebagai perniagaan TERAS syarikat. Memiliki kemahiran, kepakaran, dan berpengalaman luas dalam bidang penerbitan profesional.

Produk &
Perkhidmatan

Selain itu ATTARBIAH Sdn Bhd juga menceburi pelbagai cabang perniagaan lain sebagai sumber sekunder seperti:

Membekalkan bahan bacaan
Membekalkan alat tulis
Membekalkan alat bantu mengajar
Membekalkan perabot
Membekalkan bahan pembungkusan
Membekalkan makanan bermasak Islam
Mencuci bangunan dan membersih kawasan
Media cetak (tidak termasuk kerja percetakan)
Bahan Kimia & Kelengkapan makmal
Kawalan serangga perosak
Pakaian, seragam dan kelengkapan
Khidmat latihan, tenaga pengajar dan moderator

ATTARBIAH Sdn Bhd komited dengan kerja-kerja yang dipertanggungjawabkan oleh agensi kerajaan dan swasta demi menjaga kualiti produk yang dibekalkan dan perkhidmatan yang disediakan serta bagi memenuhi segala piawaian yang ditetapkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Antara produk-produk Attarbiah Sdn Bhd

Buku Teks Sekolah Rendah (SK), Buku Teks Sekolah Menengah (SMK), Buku Teks KAFA (JAKIM), Buku Rujukan, Buku Latihan dan Aktiviti, Kertas Model, Kertas Peperiksaan KAFA (UPKK), Kertas Model (PSRA), buku umum, alat bantuan mengajar dan lain-lain lagi.

Back To Top